5 Fungsi Omega-3 Untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda

No automatic alt text available.

Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

Apakah Fungsi Omega-3 Untuk Jantung Anda?

  • Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat

Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah
didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:
  • Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
  • Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam darah)
  • Merendahkan risiko penyakit jantung

  • Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat

Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.

  • Memelihara Saluran Darah Daripada Tersumbat

Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda. Omega-3 membantu:
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar.
  • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah.

  • Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat 

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.

  • Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat

Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda. Omega-3 membantu:
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah.
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.

Jadi dengan pengambilan 2-3 biji sehari Omega-3 untuk anda seisi keluarga ia mampu memastikan jantung anda dan yang tersayang terus berdegup dengan baik. 

Berminat untuk mendapatkan khidmat rundingan Aishah sila hubungi nombor di bawah. Anda layak mendapat rundingan yang terbaik hanya daripada saya.

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.56

Atau sekiranya anda ingin membuat pembelian secara online sila klik link di bawah dan anda tetap layak mendapat khidmat nasihat saya juga. Ia lebih cepat, mudah dan selamat.


COD : Sekitar Rawang, Selayang dan Pengeposan Seluruh Malaysia


Comments

  1. tterimakasih atas infornya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-pemutih-selangkangan/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts