Cara Cepat Naikkan Bacaan HB Ibu Hamil Elak Janin Mati Dalam Kandungan



Bismillah.

Bila sebut tentang bacaan HB rendah ni memang Kak Sha sangat banyak pengalaman. Bayangkan dari hamil anak pertama, ketiga dan keempat memang asyik berada dibawah paras bacaan normal. Anak yang pertama paling teruk hampir menjadi Anemia iaitu 9. Anak ketiga dan keempat pada awal kehamilan okay tetapi bacaan semakin menurun mengikut usia kandungan. Makin besar kandungan makin turun. 

Anak ketiga akak biarkan begitu sahaja manakala anak keempat memang berusaha saat akhir iaitu 2 minggu sebelum bersalin. Masa tu akak terus google dan memang set hamil shaklee paling cepat menunjukkan tindak balasnya.

Sekali lagi masalah yang sama berlaku saat dan tika ini. Awal kehamilan bacaan sudah 10.8 dan checkup kali kedua iaitu sebulan selepas itu bacaan makin menurun 10.1. Risau ia semakin menurun pada checkup akan datang Kak Sha terus dapatkan Set Lengkap Hamil Shaklee. Ini bukan kali pertama menggunakannya tapi kali kedua dan pernah membantu rakan dengan masalah yang sama sebelum ini. Disebabkan ia berjaya dan terbukti berkesan akak sanggup melabur sejumlah wang untuk pastikan bacaan HB naik ke paras normal.




Bacaan HB menurun dari mula buka buku merah lagi. Checkup yang kedua ku sangkakan akan menaik sedikit rupanya makin menurun. Selepas itu no crompomise terus dapatkan set hamil Shaklee.


Alhamdulillah ia memang menjadi. Apa yang penting konsisten dan kena makan dengan cara yang betul. Lagipun mengikut bacaan dan penerangan doktor, punca bacaan HB ini menurun disebabkan beberapa faktor.

Punca Anemia

Kurang zat besi, Asid Folik, Vitamin B12 dan Vitamin CKerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, susu/kalsium, kuning telur, oat dan gandum bijirin penuh. Jangkitan cacing dan kerap mengandung (Jarak kelahiran <2 tahun).

Kak Sha baca berulang kali info Anemia ini dibanner klinik kesihatan tu, dari kali pertama checkup sampai la checkup kali kedua. Masa kali kedua tu terus mengucap bila mana kita dah tahu apa punca masalah kita. Pertama masa trimester pertama memang akak loya jadi masa tu selera makan dah tiada makanya nak makan supliment lagila bercinta. Waktu itu hanya Peppermint Garlic Plus je yang jadi peneman (Baca Entry Tentang Atasi Loya Di Sini). 

Kedua kerap hamil, walaupun jarak 2-3 tahun tetapi ini adalah kehamilan yang ketujuh (yang jadi 4, 2 simpan) jadi risiko untuk mendapat Anemia sangat tinggi.

Bagaimana Cara Menaikkan Bacaan HB Dengan Cepat?

Jujur Kak Sha katakan memang 100% akak menggunakan Set Hamil Shaklee. Pengalaman Kak Sha mencuba petua yang diberi dan melalui pengambilan makanan yang disarankan memang tak berkesan. Sebab apa pengambilan Zat Besi dan Vitamin C melalui makanan perlu pengambilan yang banyak dan betul. 

Hakikat sebenarnya sekiranya ibu di luar sana seperti Kak Sha yang tidak mampu makan banyak memang tidak akan menjadi. Lagipun kita tidak tahu cara makanan itu dimasak sekiranya makan di luar dan sekiranya masak sendiri pun belum tentu zat pada makanan itu masih sama seperti sebelum dimasak. Jadi mana datangnya zat yang mencukupi untuk ibu dan bayi tersebut?

Di sini Kak Sha kongsikan Set Hamil Shaklee yang digunakan :

Set Asas
  • Vita C Plus
  • B Complex
  • Vita Lea

Tambahan
  • Ostematrix (Kalsium)
  • ESP
  • Omega Guard

Jadi secara keseluruhannya percayalah cakap Kak Sha, sekiranya bacaan HB yang menurun ini tidak di atasi dengan cepat ia boleh bertukar menjadi Anemia. 

Bukan itu sahaja banyak kesan lain kepada ibu dan bayi seperti bayi meninggal di dalam kandungan, kelahiran bayi pramatang, tumpah darah dan sebagainya. Ikut pengalaman Kak Sha dengan anak yang sebelum ni juga akan memberi kesan kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Sekiranya ibu berminat untuk dapatkan konsultasi secara percuma mahupun membuat tempahan boleh hubungi Kak Sha seperti butiran di bawah:

Aishah Khairudin
018-91 800 56
Pengedar Shaklee Aktif Anda

Atau bagi pembelian secara online anda boleh klik link di bawah. Ia lebih mudah, cepat dan selamat. Konsultasi turut diberi secara percuma.




Comments

Popular Posts