Set Hamil & Berpantang Shaklee Memang Terbaik

Assalammualaikum semua...

Untuk post pertama blog VitaSodap ni memang Sha nak berkongsi pengalaman menggunakan Set Bersalin Shaklee. Sha sebenarnya dah ada 4 orang anak dan dah 5 kali disahkan hamil. Cumanya kandungan yang pertama tiada rezeki untuk bersama kami. Sha redha...masa gugur tu kandungan berusia 3 bulan. Masa mengandung kandungan kedua, my first baby la.. Sha memang morning sickness teruk. Masa tu hanya ikut je arahan doktor pakar dan makan ubat yang pakar berikan.  Sha terpaksa jumpa pakar sebab 3 tahun tak dapat cahaya mata. Risau oooo...Masa tu memang lembik giler dan selalu demam. Bacaan hb memang tak cantik. Kurus kering dibuatnya. Kesannya pada baby kulit baby sensitif, sistem imunisasi rendah sehingga 2/3 tahun dan darah tak cantik. Masa ni tak reti susukan baby dan tak nak usaha. Sebabnya masa tu p****g macam takde lubang dan kecik. Sakit sampai berdarah2 dekat sebulan lebih. Akhirnya cukup takat 2 bulan Sha terpaksa stopkan. Sian baby....

3 tahun lepas tu Sha disahkan hamil lagi. Alhamdulillah kali ni berjalan lancar. Morning sickness biasala 3 bulan yang pertama hilang selera makan, loya2, setiap kali gosok gigi muntah2...(setiap kali mengandung gitu ler kejadiannya). Tapi yang kali ni due date nak bersalin tu tak tepat sebab Sha memang period tak menentu so peringatan bagi yang period tak menentu masa kandungan berusia 3 bulan ke bawah cepat2 la pegi scan untuk dapatkan tarikh bersalin. Ikut pengalaman Sha memang takkan jauh beza dgn tarikh tersebut. Macam kes baby kedua Sha ni, masa tu berlagak taknak pegi scan awal sebab duk dengar citer orang la jgn pegi scan awal nanti tak elok untuk janin.. padahal kes kita berbeda...so Sha pun tak nak la scan awal. Masa kandungan 5 bulan baru pegi scan...so padan la muka kena induce sebab doktor takut kandungan lemah padahal datang doktor lagi sorang kata ada masa lagi seminggu...hambik ko terawal 2 minggu ku bersalin. Masa tu bengang jugak sebab doktor yang pertama tak nak scan. Lepas induce datang doktor kedua cakap lain pulak..geram..nasib mudah bersalinnya sebab sejam lepas induce terus nak bersalin..tak sakit mana pun..masa baby yang kedua ni memang dah nekad nak menyusukan 6 bulan ekslusif. Masa tu cari la produk yang terbaik. Nak tau produk apa yang banyak kat mr google Shaklee jugak. Memang berkesan. Susu masa tu jadi banyak, pekat dan likat. Lepas tu macam berminyak dan berlemak. Tapi jangan risau itu bukan menandakan baby tak boleh minum tapi ia menandakan susu tu penuh dengan khasiat. 

1 tahun 2 bulan lepas tu disahkan hamil anak ke 3. Yang ni tragis sungguh. Mana taknya masa umur baby 30 hari dah masuk ICU sebab jangkitan kuman dan kahak dah termasuk dalam paru2..bayang baby sekecil itu kena pakai alat bantuan pernafasan. Sedih tak terkata tapi Sha akui memang silap Sha sebab tak nak mengubati batuk dan selsema yang teruk masa 2 minggu sebelum nak bersalin. Jadi lepas bersalin boleh korang bayangkan sambil batuk sambil pegang perut..rasa jahitan nak terbukak jer..

Orait berbalik pada cerita set bersalin Shaklee ni Sha start ambil masa kandungan yang ke 4. Pada asalnya memang tak nak pun cuba set bersalin ni tapi semuanya bermula masa kandungan berusia 34 minggu. Ni semua gara-gara bacaan hb makin menurun. Lagi dekat nak bersalin lagi menurun bacaan tu. Masa tu mula la menggelabah mencari produk yang boleh naikkan bacaan hb ni. Sebelum tu Sha dah cuba macam2 cara tapi tak berkesan untuk Sha mungkin ia berkesan pada orang lain. Wallahualam. Dari awal kehamilan Sha makan ubat yang dibekalkan klinik kesihatan dan minum susu kambing jer. Masa tu Sha tokey susu kambing so mesti la amalkan produk tu. Tapi tetap tak berjaya naik bacaannya. So disebabkan pengalaman lalu Sha nekad beli set hamil..RM500 ++ harganya..pejam mata sebab Sha dapati beberapa kesan yang akan terjadi pada baby bila bacaan hb menurun, antaranya:

* darah bayi yang tidak cantik menyebabkan imunisasi bayi lemah.
* bayi akan mendapat alergik pada makanan, ubat-ubatan dan berkemungkinan mendapat ekzema. 

ni semua berlaku pada ketiga2 anak perempuan Sha. Alhamdulillah semua masalah ni hilang menjelang usia 3 tahun. Tapi lama jugak la nak kena ubati anak tu. Makan ubat tak boleh sebarang, krim ekzema/ruam kena sentiasa ada stok. Demam, batuk dan selsema kerap berlaku seawal usia 6 bulan kecuali baby yang no 4 tu sebab makan set hamil dan continue set pantang automatically baby pun dapat khasiat melalui penyusuan badan. Alhamdulillah jarang sakit tapi ada alergik pada ubat demam dan senang kena ruam bila cuaca panas. Mujur ada Herbal Blend Cream yg sejuk, cepat kering dan selamat utk baby. 

So Sha rasa ini sajalah coretan pengalaman yg dapat dikongsikan bersama rakan2 yg masih lagi tercari2 produk hamil atau berpantang yang sesuai. Ini baru sikit pengalaman yg boleh dikongsikan kalau ikut banyak lagi pengalaman suka duka sepanjang bergelar ibu ni. Tapi sebagai manusia kita tak lepas daripada diuji Tuhan. Hanya semangat yang kita perlukan untuk terus berjuang bersama anak2 dalam menghadapi pelbagai situasi yang mendatang. Yang penting kita usaha dan tawakkal. Nasihat Sha jangan dah terantuk batu nak terngadah. Sebarang masalah/pertanyaan boleh wsp/dm/pm Sha tanpa sebarang cas perkhidmatan. In Sha Allah benda yang baik kita kongsi bersama.

Nukilan ikhlas:

FB     : Aishah (017-2517509)
Insta : a.i.s.h.a.h_81
FP     : VitaSodap















Comments

Popular Posts