Siapakah Saya?

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Untuk entry kali ni Sya nak cerita serba sedikit tentang diri Sya. Sya sebenarnya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Dulu teringat masa zaman sekolah..bila hari raya semua kawan-kawan bergembira sebab boleh balik kampung..kita sedih sangat masa tu sebab takde kampung pun..malu nak cakap dengan kawan-kawan kita nak balik Key El..kampung atuk nenek kat Sentul jer tu belah ayah la..belah mak walaupun takde nenek dan atuk tapi kami tetap balik pada raya kedua melawat makcik di Ulu Yam...tapi bila dah masuk zaman kolej punyalah bangga cerita ngan orang kampung kita kat Key El..ngeh..ngeh..ngeh..tapi dalam diam dah pasang niat nak cari orang jauh sebab teringin nak balik kampung..barulah best nak nyanyi lagu Balik Kampung...ni tak baru nak nyanyi dah sampai kampung kita..he..he..he..tapi akhirnya kita dapat juga berkahwin dengan orang Kelantan nun jauh di Kota Bharu..sekarang....Ya Allah rasa tak larat nak balik kampung sebab paling lama pernah tempuh 13 jam lamanya(jalan lama masa tu berbukit2, bersimpang siur rasa nak muntah)...setiap kali pregnant mesti loya teruk..hadap je la..Tapi sekarang dah ada highway lega la sikit nanti dah siap sepenuhnya lagi la lega..


Sya ni cikgu sebenarnya..Sya mengajar anak-anak istimewa..memang Sya mengambil course Pendidikan Khas secara sukarela..minat tu datang tanpa Sya sedari sebab sejak dari sekolah menengah lagi Sya telah didedahkan dengan golongan istimewa ni sampailah masa di Politeknik dulu kami rapat sangat dengan student pekak yang ambil jurusan sama macam Sya iaitu Diploma Fashion & Design..jangan main2 ye ahkak dulu budak fesyen ramai dah model yang akak jumpa masa praktikal..pegi fashion show sana sini kat Bukit Bintang masa tu..nak jadi cerita semua orang yang tersayang tak kenan dengan minat Sya tu so sya terpaksa fikir cabang lain yang boleh Sya salurkan ilmu fesyen yang ada ni. Masa tu fikir nak sambung belajar kat UPSI jadi cikgu KH tapi xde course tu...pastu nak pilih pendidikan seni pulak pun takde ambilan tahun tu..sadis sungguh...last2 teringat boleh jugak ajar budak pendidikan khas di Vokasional Shah Alam nanti...situ ada jahitan...tu yang sambung degree Pendidikan Khas. Tapi akhirnya di sinilah saya mengajar iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Rawang...dari 1st posting 2007 sampaila la ni 2017...lamakan??tunggu kena gerak je..he..he..he..

Syukur sampai sekarang Sya bangga sangat dapat mendidik anak2 istimewa ni..banyak yang Sya dapat pelajari daripada mereka..Sya belajar erti kesabaran, bersyukur, menghormati insan lain dan banyak lagi...Sya harap dapat berbakti lebih banyak lagi kepada masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan agama... In Shaa Allah selagi hayat dikandung badan.






Ni lawatan ke Melaka bersama anak-anak istimewaku...

Comments

Popular Posts