Penyakit Yang Sering Dihidapi Kanak-kanak dan Cara Untuk Atasinya

Bila fikir tentang masalah kesihatan anak-anak sebagai ibu bapa mestilah kita risau yang amat sangat kan. Hati mana la yang tak sedih bila tengok anak kita sakit. Dalam hati ni biarlah kita yang ganti sakit dia tu. Tapi sebenarnya sekiranya anak kita hanya demam, batuk dan selsema yang tak teruk sehingga boleh membahayakan nyawanya, itu adalah biasa ia sekadar meningkatkan lagi imunisasi anak secara semulajadi. Akan tetapi sekiranya penyakit itu dibiarkan ia dikhuatiri mampu menjadi lebih serius lagi.

Jom kita tengok apakah jenis penyakit yang biasa di alami kanak-kanak:


1. Demam

Biasanya berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus. Namun begitu, demam pada suhu badan yang terlalu tinggi mampu menyebabkan sawan demam. Sekiranya kerap berlaku, ia mampu merosakkan sistem otak anak dan menganggu perkembangan mereka. Pada suhu 37 darjah celsius, ibu bapa perlu mengambil langkah segera bagi memastikan suhu badan bayi tidak terus meningkat lebih tinggi. Bagaimana caranya? Ibu bapa boleh memandikan anak dari kaki ke kepala atau lapkan badan anak dengan kain basah. Biasa saya akan tepekkan seluruh badan anak dengan napkin/tuala basah supaya panas tu turun. Semak suhu anak dari masa ke semasa. Jangan lupa bawa anak berjumpa doktor sebab sekarang macam-macam virus.



2. Sawan

Sawan biasanya berlaku apabila demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi sehingga mencecah 40 darjah celsius. Sekiranya berlaku sekejap bawah 15 minit dan tidak berulang (ada juga kes yang berlaku sehingga kanak2 berumur 6 tahun) maka ia tidak merbahaya dan dipanggil Demam Sawan. Sekiranya ia berlaku berulang kali dalam tempoh yang lama ini dipanggil Epilepsi. Penyakit ini boleh menyebabkan gangguan pada perkembangan otak anak anda kerana oksigen tidak sampai ke otak. 

Demam sawan ni pernah berlaku pada anak lelaki saya sendiri. Masa tu umur dia 3 tahun. Sewaktu tu dia dah demam, saya dan suami bawa pula dia menaiki motor untuk ke bank dalam keadaan panas terik tanpa menutup kepalanya dengan kain basah sebelum ke klinik. Akibatnya selepas diberikan ubat dia tertidur, selang beberapa minit dia terus terkena demam sawan. Menggelabah kami sekeluarga, ayah saya masa tu terus ambil air dan sapu pada seluruh anggota badan anak. Saya dan suami panik sungguh. Kami terus membawa anak ke hospital untuk rawatan susulan. 5 hari jugakla kami bermalam dihospital. Sekarang saya memang berwaspada bila anak demam. Saya akan pastikan bahagian kepala, badan terutama ketiak sentiasa basah supaya suhu cepat turun.

3. Masalah Kulit

Secara umumnya masalah kulit terbahagi kepada 3 iaitu ekzema, impetigo dan ruam. Jika dibiarkan berterusan ia akan mewujudkan masalah penyakit kronik.

Impetigo - Jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin membiak apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti. Bahagian yang dijangkiti biasanya dibahagian kaki dan kulit tangan. Jangkitan ini sering menyerang kanak-kanak sekiranya aspek kebersihan kurang diberi perhatian.

Ekzema - Masalah kulit ini akan menyebabkan rasa gatal, kering, radang, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Kebiasaannya ia boleh dilihat pada bahagian atas punggung, pelipat lutut dan siku, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala.

Ruam Lampin - Ruam lampin biasa berlaku kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Biasanya akan berlaku keradangan kulit terutama pada bahagian kemaluan, celah kangkang dan punggung. Keadaan ini berlaku akibat pampers jarang tukar atau penggunaan pampers dan sabun yang tidak sesuai untuk anak.

Image result for ruam lampin                     Image result for ruam lampin

4. Selsema
Kanak-kanak adalah individu yang paling mudah dijangkiti. Kebiasaannya apabila anak kecil mengalami selsema akan merasa tidak selesa kerana hidung tersumbat dan berhingus. Ini sekaligus menyebabkan si kecil sukar untuk tidur lena, menyusu/makan dan kerap merengek.



Image result for selsema


5. Batuk
Batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir dari saluran pernafasan. Namun batuk dipandang serius apabila anak mengalami demam dengan suhu badan yang tinggi, sukar bernafas dan warna kahak bertukar menjadi hijau atau kuning. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko pada pelbagai jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa sekiranya dibiarkan berterusan. Jika berlaku, segera berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

6. Cirit Birit
Cirit birit berlaku akibat jangkitan virus. Sekiranya terkena cirit birit anak akan kerap membuang air besar yang mengandungi cecair. Segera mendapatkan rawatan doktor kerana jika dibiarkan ia boleh menyebabkan hidrasi dan berlakunya komplikasi atau kematian.




Bagaimana cara Shaklee dapat meningkatkan imunisasi anak anda?

Di Shaklee terdapat 5 produk khas yang sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas. Kandungan setiap produk adalah selamat dan semulajadi. Jom kita tengok apa produk tersebut:

1. Meal Shakes - Mengandungi sumber protein dengan 19 vitamin dan mineral tambahan semulajadi. Ia mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh yang baik untuk pertumbuhan dan perlindungan yang baik. Ia juga mengandungi sumber kalsium yang tinggi serta kaya dengan fiber dan protein.


Meal Shakes

2. Omega Guard - Selain membantu perkembangan sel-sel saraf otak, minyak ikan terbaik dunia ini juga membantu meningkatkan imunisasi anak.




3. Vitamin C Chewable - Selain dapat meningkatkan imunisasi, vitamin juga menguatkan tulang, gigi dan gusi kanak-kanak.



Image result for vitamin c chewable shaklee untuk kanak-kanak

4. Nutriferon - Bertindak meningkatkan interfon semulajadi badan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. Jumlah pengambilan nutriferon bagi kanak-kanak dan dewasa adalah berbeza. Anda diingatkan supaya mendapatkan nasihat daripada pengedar Shaklee bagi mendapatkan dos yang betul.




5. Vita Lea For Children - Keistimewan Vita Lea For Children ni sangat banyak. Ia mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral perlu, 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B, Kalsium, Magnesium, Zinc, Copper dan pelbagai mineral lain. Jadi ia telah mengandungi pelbagai jenis vitamin tanpa perlu ibu-ibu memaksa anak2 makan semua zat di atas. Mau termuntah dan sakit perut anak kita. Dengan itu cara yang mudah adalah dengan hanya memberi Vita Lea For Children 2 biji sehari. Mudahkan..


Vita-Lea® for Children




Ramai ibu bapa yang berkira-kira apabila menyentuh soal kesihatan anak-anak. Kalau nak beli barang kita bukan main lagi, baju nak baru, cosmetik baru dan sebagainya sehinggakan kita terlupa yang anak-anak kita perlu diberi perlindungan awal supaya tidak terkena penyakit yang lebih serius. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Di Shaklee terdapat Set Kanak-kanak yang boleh anda hadiahkan pada anak-anak tanda anda sayangkan mereka. Sebarang masalah berkaitan anak anda boleh hubungi Sya seperti butiran di bawah. Jangan malu dan segan kadangkala apa yang anda lalui mungkin saya pernah melaluinya. Jadi tak salah kita saling bantu membantu.



Salam Sayang, 

Aishah Khairudin
Shaklee Independent Distibutor

Fb : Aishah Khairudin
Fp : VitaSodap
WSP : 018.91.800.56


Comments

Popular Posts