Cara Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Online

Bismillah..
Salam Kasih Sayang semua...

Pada masa kini masyarakat mula sedar tentang kepentingan mencari duit tambahan. Apatah lagi dengan era globalisasi kini memerlukan kita bersaing dengan bijak. Kadang-kadang terdengar juga rintihan sahabat Sya yang mengeluh duit tak cukup sebab barang sekarang semua mahal. Bila gaji naik sikit semua gembira tapi masa tu juga la harga barang pun dinaikkan. Nak buat macam mana kalau tak beli itu semua satu keperluan bukan kehendak.

Tapi sebenarnya kita ada pilihan sama ada nak tunggu gaji tahunan naik seperti biasa atau kita nak tambah pendapatan sampingan setiap bulan. Ayah Sya pernah bertanya kenapa la suka sangat berniaga ni? Kenapa gaji tak cukup ke? Ya Allah Sya kadang-kadang memang terkesan juga dengan diri ini tapi Sya terangkan yang Sya nak bebas daripada hutang dalam masa 5 tahun dari sekarang. Ya memang itu hajat Sya nak bebas hutang sebab bila ingat hutang ni kekadang terfikir jugak la kalau Sya meninggal kesiannya la orang yang masih hidup nak membayarnya.


Image result for pinjaman

Jadi anda macam mana? Pilihan Sya untuk mencari duit tambahan mudah sahaja. Semuanya melalui online. Pada awal pembabitan Sya dulu sya jadi dropship untuk produk-produk kesihatan dan kecantikkan buatan Malaysia. Macam la Sya jual, rasanya sejak tahun 2012 lagi. Tapi semua tak melekat lama di hati. Paling lama jual susu kambing cuma takde jodoh sebab cara pembelian stok tu menyebabkan modal yang nak dipusing tu lambat dapat balik. Sya jadi mini stokis masa tu. Memang problem sebab Sya melabur dekat RM2000++. Barang dapat terus tapi ada yang takde permintaan langsung menyebabkan ia tersorok bawah katil. 

Tapi akhirnya Sya telah temui cinta sejati iaitu menjadi dropship Shaklee. Ini dropship yang paling berbaloi. Mana taknya dengan bermodal RM69 je Sya boleh sebarkan kebaikan produk Shaklee ni. Tak perlu keluar modal permulaan untuk beli produk pun. Apa yang penting kena ada internet, telefon pintar dan laptop. Rasanya ramai yang ada semua tools tersebut. Jadi setelah bertahun Sya menjadi ahli lelap maksudnya jadi ahli untuk beli bagi kegunaan sendiri sahaja, akhirnya pada hujung tahun 2016 Sya cuba beranikan diri untuk menjadi SID yang aktif la. Seronok sebenarnya bersama team Shaklee ni, banyak perkara baru yang Sya pelajari contohnya tentang nutrisi, cara buat blog, fanpage, cara beriklan, cara buat poster dan yang paling penting cara kita nak berkomunikasi dan atasi masalah kesihatan yang dihadapi pelanggan. 

Bukan Shaklee ni MLM ke? Ya betul. Tapi sistem MLM Shaklee sangat telus dan lebih mudah. MLM tak payah cakap dah 3 jenis yang pernah Sya sertai. Ada yang kena labur modal besar tapi disebabkan tiada coaching yang betul semuanya ke laut. Ada juga antara MLM yang pernah Sya sertai seolah-olah nak kena tayang body. Faham tak? Maksudnya kalau nak jual produk tu kita ni kena pasang badan, bergaya lebih sikit supaya bila orang tengok teruja nak join kita. Tapi itu pendapat Sya la, orang lain Sya tak tau.

Ramai SID yang telah berjaya sebenarnya bersama Shaklee. Jangan tak percaya ramai diantara mereka yang telah mendapat ratusan ribu ringgit setiap bulan. Hidup bebas hutang. Bukankah itu yang kita mahu?? Jangan kita cemburu, sebelum mereka berjaya mereka juga melalui apa yang kita lalui sekarang. Bezanya usaha yang mereka lakukan. Masih tak percaya? Jom tonton video di bawah.






APA YANG PENTING?
ANDA BUAT ANDA DAPAT.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee seterusnya menjana pendapatan tambahan wassap Aishah 017.251.7509 untuk keterangan lebih lanjut.


Comments

Popular Posts