Projek Cendawan Sutera
Bismillah..
Salam Sayang Semua...Cuti hujung minggu ni mesti macam-macam perancangan untuk keluarga kan. Ada yang nak pergi shopping complex, ada yang pergi jalan-jalan cari makan, ada juga yang pergi kenduri kendara dan sebagainya. Tapi Sya minggu ni merupakan minggu yang sibuk. Mana taknya dari hari Isnin dah kena buat persiapan tempat di sekolah lain bagi persediaan Majlis Tilawah Al-Quran & Nasyid daerah Gombak. Hari Selasanya pula sambutan hari guru sambil-sambil siapkan soalan periksa pertengahan tahun. Hari Rabu, berlangsungnya MTQ & Nasyid di sekolah lain, pagi-pagi kami ke sana sebab bertugas sebagai Jawatankuasa. Khamis & Jumaat strugle siapkan soalan periksa. Sabtu kena datang sekolah untuk membantu ibu bapa mengecat rumah cendawan kami Ha...tukan dah cakap cikgu mana ada masa nak rehat. Pandai2 la curi2 masa nak buat kerja lain seperti kemas rumah, masak on off, basuh dan lipat kain dan sbgnya. Ha..ha..merepek sungguh introduction kali ni..sekadar luahan perasaan.
Yang sebenarnya Sya nak cerita tentang Projek Cendawan yang akan dilaksanakan di PPKI Smk Rawang tempat Sya bertugas. Sya sebenarnya guru pendidikan khas tau. Sya mengajar anak-anak istimewa. Anak-anak istimewa ni terdiri daripada Syndrome Down, Hyperactive, Lembam, Disleksia dan Autisme. Memandangkan kami juga tidak terkecuali dari mengikuti kurikulum baru iaitu KSSM makanya pihak kementerian telah mewujudkan KSSMPK untuk program pendidikan khas. Jadi dalam KSSMPK telah diwujudkan satu matapelajaran vokasional. Sekolah Sya telah memilih pertanian. Jadi untuk permulaan kami perlulah mencari satu projek yang boleh mendatangkan hasil sekaligus dapat membantu anak-anak istimewa kami belajar untuk berdikari.
Perkara yang pertama perlu kami lakukan adalah dengan mencari tenaga pengajar yang sudi menurunkan ilmu tentang tanaman cendawan ni. Sahabat Sya yang bertanggungjawab telah berusaha mencari pengusaha yang sesuai. Yes... memang dia telah menjumpainya. Seterusnya kami berbincang tentang quo mengikut kemampuan kami. Sebenarnya tak semua pengusaha yang betul-betul nak membantu. kebanyakkannya akan bagi harga yang sama untuk orang biasa. Kami ni nak mengajar anak istimewa makanya bagilah harga istimewa. Ramai yang kira perkepala. Bukan murah tau cecah ratus2 perkepala. Alhamdulillah ada professor yang sudi membantu.
Perkara keduanya adalah menyediakan tempat. Ha itulah aktiviti yang kami lakukan pada hari Sabtu iaitu mengecat rumah cendawan tu. Ibu bapa yang hadir memang supportive. Bangga dengan mereka. Pantang kami minta tolong akan diusahakan. Kadang2 mereka beli barang guna duit sendiri. Tapi tak semua yang macam tu. Ada yang tak berkemampuan tapi dia sumbangkan tenaga dan ada juga yang tak nak sumbangkan apa2 pun tak mengapa, kami tak kisah. Mana tau dia mendoakan kita, itupun sumbangan juga.
Jadi jom kita tengok hasil rumah cendawan sebelum dan selepas. InsyaAllah Sya akan kongsikan langkah seterusnya untuk menjayakan projek cendawan ini. Semoga rakan-rakan guru diluar sana yang tak tau nak buat projek apa dengan anak-anak istimewa ni boleh mencuba projek ini. Ingat buat ikut kemampuan. Baru lancar semuanya.
Sebelum
Selepas
Langkah seterusnya akan Sya kongsikan. Mungkin boleh dijadikan panduan. Tungguuuuuu......
Comments
Post a Comment