Tiada Zuriat Bukan Pengakhiran Hidup

Lumrah menjadi manusia memang akan lalui situasi seperti di bawah :

Bila nak kawin?
Bila dah kawin, bila nak ada anak?
Bila dah hamil gugur pulak, ditanya kenapa gugur..tak subur ke..tak kuat ke rahim?
Bila dah ada anak sorang, ditanya bila nak tambah lagi?
Bila ada anak lelaki atau perempuan berturut2 ditanya bila nak dapat anak lelaki/perempuan pulak?
Bila dah dapat anak lengkap lebih dari 3 ditanyanya pulak, kenapa berderet sangat dapat anak..tak penat ke?



Nampak tak situasi di atas? Pernah tak korang lalui situasi di atas. Jujur Sya katakan yang Sya pernah melalui semua di atas. Sedih sebenarnya tapi jiwa kena kental. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ha kan senang macam tu. Apa yang penting kita tahu situasi yang sebenar.

Sewaktu kali pertama hamil dan gugur sewaktu kandungan berusia 3 bulan, Sya memang susah nak hamil selepas itu. Banyak cakap2 orang yang menyebabkan Sya tertekan sewaktu itu. Antaranya Sya tak subur la, rahim tak kuat la dan sebagainya. Masa tu Tuhan sahaja yang tahu betapu rapuhnya hari seorang isteri & ibu. Tapi Sya dan suami tak tunggu lama, selepas enam bulan berehat dari keguguran kami terus berjumpa pakar. 

Sebenarnya ada Pro and Kontra bila berjumpa pakar ni. Yang pronya kita dapat tahu punca sebenar kenapa kita sukar atau tidak boleh hamil. Masalah Sya adalah sewaktu tu ovari bengkak sikit dari skala 1-10 doktor kata skala 3, so tak serius sangat..bagi pihak suami pula kerana dia merokok jadi ada kesan di situ cuma tak banyak. Jadi kesimpulannya tiada masalah besar dan boleh hamil. Rawatan Sya masa tu adalah untuk kecutkan ovari. Selang sebulan Sya disahkan hamil. Sya teruskan rawatan sampai la bersalin dengan doktor pakar tu. Alhamdulillah semuanya selamat dan anak sulung Sya tu dah berusia 9 tahun pun sekarang ni.

Kontranya pula, dikhuatiri bergaduh laki bini sebab saling salah menyalahi. Sebenarnya tiada masalah sekiranya pasangan itu telah bersedia untuk mengahadapi segala kemungkinan. Just move on hidup ini. Jangan tak percaya tau ada juga pasangan yang dah 15 tahun berkahwin akhirnya dikurniakan zuriat. Jadi pada siapa kita kena mengadu? Pada Tuhan la kan. 

Point utama yang nak Sya tekankan adalah USAHA...IKHTIAR...TAWAKAL

Nak dapatkan Set Kesuburan??? Sila klik SINI

Ikhlas 

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
Pengedar Shaklee Rawang & Seluruh Malaysia






Comments

  1. Betul tu.. Saya juga sempat digelat mandul. Kawin, thn ke 3 br ade anak. Alhamdulillah. Buat treatment n mkn mknnn berkhasiat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts