7 Cara Hilangkan Parut Jerawat Yang Hitam Dan Berlubang Dengan Cepat

Petua Hilangkan Parut Jerawat 



Masalah jerawat tak habis lagi dah timbul lagi satu masalah. Geramnya tengok kulit muka ni berparut, dah berlubang ada pulak yang hitam-hitam bekas jerawatnya. Sekarang ni dah tak kira lelaki ke perempuan semua mula mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah. Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa petua untuk hilangkan parut jerawat anda.

1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk/kisar kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Cara menggunakannya ambil sedikit serbuk tersebut dan campur dengan air. Kemudian lumurkan pada parut wajah anda. Lebih kerap anda lakukan lebih cepat pudar parut tersebut. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.

2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA)


Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.

3. GUNA ASAM JAWA


Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.


4. GUNA MADU


Ni antara petua kegemaran saya. Ini kerana madu bukan sahaja dapat menghilangkan parut jerawat malah ia melembabkan kulit kita. Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

5. GUNA TIMUN


Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

6. GUNA HAMPAS TEH



Petua ni paling mudah bagi penggemar teh. Sewaktu di rumah selepas menyediakan air teh untuk seisi keluarga anda, ambil hampas teh tersebut kemudian gosok dimuka anda seperti menggunakan scrub. Memang kulit jadi lembut selepas itu.

7. GUNA BERAS DAN KACANG HIJAU

 


Petua ni saya dapat semasa di kolej dulu. Ia mudah sangat ambil segenggam beras dab kacang hijau. Tumbuk/kisar sehingga menjadi serbuk halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Cara menggunakannya ambil sedikit serbuk tersebut dan letakkan sedikit air. Kemudian sapu pada muka anda.


Bagaimana Petua Shaklee?

Setelah penat mencuba semua petua di atas dan tidak menampakkan hasil seperti yang anda inginkan, anda boleh mencuba petua ini. Dengan mengamalkan pengambilan Vitamin C dan Vitamin E anda sebenarnya telah membantu kulit anda membaiki sel-sel dari dalam. Tak cukup dengan itu, kedua-dua suplimen ini boleh dijadikan masker dan ia memang terbukti berkesan. Walaubagaimanapun terdapat set kecantikkan Shaklee yang boleh diamalkan oleh anda bagi memastikan parut tersebut pergi buat selamanya. 





  • Vivix 
Membantu membaik pulih sel badan sehingga ke tahap DNA. Sebab itu kesannya lebih cepat dan menakjubkan berbanding yang lain.





  • Sustained Realese Vita C Plus
Selain meningkatkan imunisasi ia dapat membina kolagen, menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan halus.

  • Vitamin E
Vitamin E merupakan vitamin yang terkenal untuk membaiki kulit yang berparut. Ia juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat, membaiki struktur kulit, memastikan tona kulit sekata dan melancarkan peredaran darah.


  • ESP

ESP merupakan protein tambahan terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO. Ia penting untuk pembinaan sel kulit baru yang sihat dan  menggantikan sel-sel yang telah mati seperti parut.



  • Collagen Powder
Ia dapat membantu membina kolagen yang telah kendur. Ia mudah diserap dan kmenjadikan kulit anda lebih licin dan halus selembut sutera.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk di atas sila berhubung saya seperti di bawah. Anda berhak mendapat konsultasi yang terbaik hanya daripada saya. Cara pengambilan yang betul amat penting bagi memastikan kulit anda kembali pulih.

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.56
Atau bagi yang ingin membuat pembelian secara online sila klik link di bawah. Ia lebih mudah, cepat dan selamat.



Comments

  1. Hikhik.. Dulu mmg ade gak try petua2 tuh.. Tp skrg malas, so saya pun amik shaklee je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...dah tau cara mudah baik guna cara mudah kan..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts