9 Tips Kurangkan Rasa Loya Sewaktu Hamil Elak Hyperemesis Graviderm





Rasa loya atau mabuk (Morning Sickness) sering berlaku kepada ibu hamil . Ia adalah disebabkan oleh peningkatan hormon hCG yang dikeluarkan oleh uri (placenta). Keadaan ini biasanya akan berlaku pada usia kehamilan di antara 5 hingga 18 minggu. Kebanyakkan wanita akan mengalaminya, cuma tahap rasa loya dan muntah itu berbeza mengikut individu.

Sekiranya alahan yang dialami sederhana, ia tidak banyak memberi kesan negatif kepada ibu. Hanya yang serius sahaja mempunyai kesan terhadap mereka dan TIDAK  kepada bayi di dalam rahim. Alahan yang serius di panggil Hyperemesis Gravidarum dan ini hanya berlaku  kurang dari 2 peratus dari semua wanita yang hamil.

Apakah Kesan Loya/Mabuk Kepada Ibu Hamil?
  • Keletihan, tidak bermaya, lesu, tidak bertenaga dan pedih di ulu hati.
  • Kecelaruan metabolisma dan gangguan elektrolit dalam badan. 
  • Kesan alahan yang teruk menyebabkan ibu mengalami dihidrasi, ketosis dan juga penurunan berat badan. 
  • Kesan dari kerap muntah dan hilang selera makan juga menyebabkan badan akan menggunakan sumber-sumber lain seperti glikogen dalam hati, protin dari otot-otot dan lemak dari bawah kulit dan usus sebagai alternatif sumber tenaga.
  • Ibu juga akan sentiasa merasa resah dan bimbang dengan keadaan kandungan selain daripada diri sendiri. Ini boleh menyebabkan gangguan kepada mental ibu hamil untuk kekal positif sepanjang hamil.

Tips Kurangkan Loya/Mabuk

Berikut dikongsikan 9 tips yang boleh dilakukan bagi mengelakkan situasi loya/mabuk ketika hamil menjadi lebih teruk:

1) Elakkan dari mendekati bauan yang menyebabkan anda akan berasa loya/mabuk 

Bauan seperti wangi dari minyak wangi, bau masakan, bau rokok sekalipun bau pasangan anda boleh menyebabkan loya. Anda boleh berbincang dengan mereka yang berkenaan untuk memahami situasi anda supaya tidak ada yang terasa bila anda sering elakkan diri dari mendekati mereka.

2) Pengambilan air yang sedikit tetapi kerap

Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

3) Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap

Kebanyakan wanita hamil akan berasa lebih sihat apabila dapat mengambil hidangan dalam kuantiti yang sedikit. Ibu mengandung tidak harus kurangkan makanan atau cecair dan kalori dalam badan sewaktu loya dan mabuk melanda. Ini akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

4) Ambil sumber protein yang ringan sebelum tidur

Pengambilan sumber protein sebelum tidur dapat mengelakkan gula dalam darah menjadi rendah di waktu pagi sekaligus menjejaskan keperluan tenaga ibu hamil. 

5) Sediakan kraker / biskut kering dalam paket kecil

Menyediakan kudapan yang lembut dan kering serta mudah dicapai pada bila-bila masa membantu anda mengatasi masalah loya dan mabuk yang berpanjangan. Perut yang terlalu kosong atau terlalu penuh boleh menyebabkan rasa loya anda semakin teruk.

6) Pengambilan makanan bersitrus / bauan sitrus

Sesetengah orang mengesyorkan anda menghidu bauan buah-buahan sitrus. Anda boleh memarut kulit lemon dan juga buah oren. Letakkan didalam sebuah uncang kecil dalam beg. Sekiranya berasa loya datang, hidu bauan tersebut. Anda juga boleh mengambil gula-gula berperisa lemon/oren, air lemon, hirisan buah lemon atau oren sendiri.

7) Pengambilan Vitamin B6 dan Multivitamin

Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

8) Pengambilan halia dalam makanan/minuman

Air halia bukan sahaja sesuai untuk mereka yang loya akibat kehamilan malah untuk apa saja keadaan yang boleh menyebabkan anda berasa loya. Anda boleh dapatkan secawan teh halia panas atau juga pengambilan gula-gula berperisa daripada halia. Satu lagi pilihan adalah mengambil halia dalam bentuk pil yang mudah ditelan bagi mengurangkan kemabukan anda.

9) Rehat yang secukupnya 

Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Anda?

Sebenarnya bila ibu disahkan hamil perkara utama yang perlu ibu lakukan adalah mengambil kira tumbesaran kandungan kita. Sewaktu kita mengalami loya/mabuk adakah kita perlu layankan sahaja loya/mabuk tersebut? Tidakkah ibu terfikir yang bayi yang dikandung memerlukan nutrisi yang lengkap untuk memastikan pertumbuhan tulang, saraf dan perkembangan otak bayi terbentuk dengan sempurna. Sebagai saranan, dengan pengambilan makanan tambahan yang mencukupi bayi dapat membesar dengan sempurna dan secara tidak langsung ia dapat membantu anda mengurangkan rasa loya atau mabuk. Antara suplimen yang disarankan adalah:


1) Pengambilan Set Hamil Shaklee
  • Sustained Realese Vita C Plus
Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita. Penting juga untuk tingkatkan imunisasi ibu dan kandungan.
  • Vita Lea
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum. Ia juga mampu mengurangkan rasa loya/mabuk anda.
  • B-Complex
Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Pengambilan asid folik yang mencukupi telah terbukti dapat mengurangkan risiko wanita daripada melahirkan bayi yang mengalami kecacatan otak atau saraf tunjang.
  • Ostematrix
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembinatulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Sewaktu hamil fetus akan menyerap kalsium ibu maka ibu perlu menyediakan tabung kalsium yang mencukupi untuk kedua-duanya.
  • ESP
Membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan penghasilan susu. Ia juga membantu aliran darah ibu yang bertambah, memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu, mengatasi masalah loya atau angin kerana ia dapat memberi rasa kenyang lebih lama dan menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.
  • Omega Guard (Trimester ke 2)
Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. Ia penting untuk perkembangan otak bayi anda.


2) Peppermint Ginger Plus



Pudina dan halia ini dapat melegakan rasa ketidakselesaan perut dan usus, loya mual ketika hamil dan juga melegakan pedih ulu hati yang kerap dialami ibu hamil di awal kehamilan. Semasa berpantang pun ibu boleh amalkan. ia membantu untuk membuang angin dalam badan.

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu mengurangkan rasa loya/mabuk ibu hamil. Alhamdulillah saya sendiri telah melaluinya dan berjaya atasinya dengan set hamil di atas. Berminat untuk dapatkan konsultasi atau tempahan sila hubungi saya melalui cara di bawah.

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.56

Fan Page : VitaSodap
IG : a.i.s.h.a.h_81

Atau bagi pembelian secara online anda boleh klik link di bawah. Ia lebih cepat, mudah dan selamat.


COD : Sekitar Rawang, Selayang dan Pengeposan Seluruh Malaysia

Comments

Popular Posts