3 Cara Asas Atasi Masalah Anak Yang Lambat Bercakap



Riasaunya Anak Saya Lambat Bercakap

Jangan risau, sebenarnya anak lambat bercakap sehingga berusia sebelum mencecah 4 tahun adalah perkara biasa. Walaubagaimanapun ibu bapa tidak boleh memandang remeh hal tersebut. Ini kerana sebaik-baiknya sewaktu berusia 4 tahun kanak-kanak sepatutnya sudah boleh membina ayat dan faham apa yang ingin disampaikannya.

Walaubagaimanapun ada juga sesetengah kenalan yang pernah saya temui anak mereka masih tidak mahu bercakap sewaktu berusia 4 tahun. Dia hanya menyebut beberapa perkataan yang dikehendaki selebihnya menggunakan bahasa isyarat. 

Nasihat saya jangan dibiarkan sebab ia mungkin boleh mengganggu perkembangan bahasa anak anda. Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang melihat perkembangan bahasa 4 orang cahaya mata saya.


Ni lah anak-anak Sya bersama sepupu mereka yang berbaju kelabu. Macam-macam rupa dan ragam. Anak syurgaku.

  • Anak Pertama (Syahzani Qashreena)
Alhamdulillah sekarang si kakak dah berumur 9 tahun. Perkembangan dia normal seiring usia dia. Dia mula bertutur dengan lancar sewaktu berumur 3 tahun. Di mana pada saya itu adalah usia yang normal bagi kanak-kanak yang normal. Apa yang saya buat waktu itu adalah saya selalu berborak dengan dia. Ibu kena rajin melayan pertanyaan anak-anak juga. Perasan tak mereka sering bertanya apa tu? apa tu? apa tu?

Selagi tak jawab selagi tu la dia akan tanya apa tu? Jadi di sini ibu-ibu kena cepat menjawab soalan anak tersebut. Sekiranya ibu suka betah setiap kali anak mula nak bercakap maka ini yang akan menjadi titik permulaan anak lebih malas nak bertutur. Jadi jangan sesekali buat macam tu. Kita layan jer...
  • Anak kedua (Syazani Rizqi)
Anak kedua saya dah berumur 6 tahun saat ini. Dia seorang sahaja anak lelaki saya buat masa ini. Perkembangan pertuturan dia lambat sikit daripada si kakak. Sewaktu berumur 3 tahun dia masih lagi belum boleh bercakap dengan lancar. Risau sangat masa tu.


Pelat tak payah cakap la, memang teruk. Tapi apa yang saya buat adalah saya bantu dia sewaktu dia nak membina ayat mahupun betulkan semula perkataan yang pelat sebutannya. Caranya jangan betulkan sewaktu dia sedang bercakap. Sebab itu akan membuatkan anak jadi malu atau takut nak bercakap dan jangan sesekali marah! Takut anak tak mahu bertutur buat selamanya.

Sehingga sekarang pun dia masih menggunakan beberapa perkataan yang tak sepatutnya dalam membina ayat. Contohnya : "Mama abang nak kata ni" sepatutnya "Mama abang nak cakap ni". 

Tapi saya tak give up sebab saya tau dia dah simpan dalam memori apa yang saya dah betulkan cuma dia sengaja sebab dia rasa itu satu lawak. Selalunya saya takkan gelak dan saya akan betulkan semula. Sebabnya saya takut ia akan menjadi satu tabiat.
  • Anak ketiga (Syahzani Surfina)
Yang no 3 ni memang istimewa sebab perjalanan hidup dia selepas 14 hari lahir ke dunia bukannya mudah. Bayangkan sewaktu itu dia telah disahkan mendapat batuk kokol iaitu batuk kering orang dewasa. Sewaktu berumur 33 hari dia dimasukkan ke ICU kerana pneumonia bronkhitis. Hancur luluh hati saya sewaktu itu....bayangkan tiub besar masuk ke kerongkong bayi yang kecil untuk bantu dia bernafas guna mesin...sampai ke hari ini ada kesannya. 


Dia memang istimewa sebab pertama boleh survive, yang keduanya dia seorang yang cepat belajar menjadikan dia boleh bertutur dengan lancar seawal usia 2 tahun. Perkembangan pertuturannya sama ada dari segi pembinaan ayat mahupun penggunaan perkataanya semakin tinggi arasnya tidak setanding dengan usianya yang kini baru 4 tahun.

Sebagai contoh bagi penggunaan perkataan dalam bahasa inggeris: ewwww, disgusting. Saya tanya dia balik apa maksudnya dik? dia jawab menjijikkan. Saya pun tergamam. Jadi saya memang suka uji setiap perkataan baru yang dia pelajari. Selalunya dia dapat pelajari perkataan baru sama ada dari youtube ataupun televisyen. Maksudnya melalui pemerhatian. Jadi sebagai orang dewasa kita kena guide anak tersebut supaya dia tidak tengok cerita yang tidak sepatutnya.
  • Anak keempat (Syahzani Khairina)
Yang ni kami panggil baby sebab yang yang no 3 masih tak nak lepaskan tittle adik tu...apa nak buat biarkan dia puas dengan gelaran adik tu dulu. Okay berbalik pada anak ke empat ni baru berumur 2 tahun 9 bulan. Melihat pada perkembangan pertuturan dia setakat ini saya kategorikan normal. Sebab dia dah boleh bina ayat dan faham apa yang hendak disampaikan tapi pelat ya rabb. 


Kadang-kadang sampai kami garu kepala sebab nak cuba faham apa yang dia cakapkan. Kelebihan dia adalah dia tak malu walaupun orang gelakkan apa yang dia sebut tu. Sebaliknya dia akan terus cakap dan cakap sampai orang faham.
Jadi saya memang selalu layan dia bercakap buat masa ini. 

Ibu-ibu juga kena ajar anak sebut dengan betul kalau boleh berserta dengan gaya mahupun bahan maujud. Contoh dia suka sebut suku kata yang terakhir, contoh : ma di lam sepatutnya mama mandi kolam. Jadi ibu kena gunakan sebutan yang betul dan pastikan dia ikut berulang kali. Siap tunjuk aksi lagi supaya dia ingat dan seronok nak belajar. 

Selain itu melalui teknik nyanyian juga anak-anak akan lebih cepat belajar bertutur. In Sha Allah anak akan belajar dan simpan apa yang kita ajar dalam memorinya. Sampai masa dia akan keluarkan.

Kesimpulannya terdapat 3 cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam menangani masalah anak lambat bertutur.
  • Rajin melayan anak 
Tidak kira semasa dia bercerita, menyanyi, berlakon, bertanya dll. Pastikan ibu juga terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dilakukan anak.
  • Betulkan ayat/perkataan anak 
Betulkan ayat/perkataan setelah anak selesai bercakap bukan semasa dia sedang bercakap. Ini akan membantutkan tahap keyakinan anak untuk bertutur.
  • Jangan marah atau gelakkan anak anda 
Jangan marah atau gelakkan anak sekiranya ayat/perkataannya salah atau pelat. Awas dikhuatiri dia malu dan tidak mahu bercakap lagi.
Mudah bukan? Okay ibu-ibu rasanya cukupla perkongsian pada hari ini walaubagaimanapun sebelum terlupa ibu-ibu juga boleh membantu anak-anak meningkatkan perkembangan otak mereka dengan memberi mereka makanan tambahan. Ini kerana melalui pemakanan yang sihat dan cukup nutrisinya sel-sel otak anak lebih cepat terbina dan imunisasi juga semakin meningkat. Betul tak?

Baik berikut saya syorkan makanan tambahan yang selamat dan sesuai untuk anak anda:
  • Omega Guard
  • MealShake
  • VitaLea For Children
  • Vitamin C (Chewable)


Sekiranya berminat untuk mendapatkan konsultan saya mahupun membuat tempahan anda boleh menghubungi saya melalui talian di bawah :

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018-9180056

FP : VitaSodap
IG : a.i.s.h.a.h_81

Atau bagi pembelian online anda boleh klik link esell di bawah. Ia lebih mudah, cepat dan dijamin selamat.

COD : Sekitar Rawang, Selayang dan Penghantaran Seluruh Malaysia

Comments

Popular Posts