7 Cara Menurunkan Berat Badan Untuk Yang Suka Makan



Adakah anda seorang pencinta makanan? Hmmm masalah juga ya bagi si pencinta makanan untuk kuruskan badan. Masakan tidak ada pada mereka yang berpendapat hidup ini jangan disia-siakan, sangat rugi jika tidak mencuba semua makanan yang ada. Secara peribadi saya rasa tidak salah tetapi bagaimana cara anda mengambilnya itu lebih penting. 

Jom saya kongsikan beberapa cara yang boleh anda praktikkan agar anda dapat menikmati makanan yang sedap lagi lazat sambil turunkan berat badan.

Cara Turunkan Berat Badan Untuk Yang Suka Makan
  • Makan Pakai Piring Kecil
Anda dinasihatkan memilih piring yang rata bukan piring yang melengkung ke dalam. Penuhkan piring anda dengan sayuran dahulu diikuti nasi dan kemudian barulah ambil lauk pauk yang lain secara berdikit-dikit.



  • Pilih Karbohidrat Yang Mengandungi Banyak Serat
Pengambilan karbohidrat yang banyak menyebabkan berat badan anda sukar dikawal. Walaubagaimanapun sudah menjadi rutin dalam kehidupan kita untuk mengambil nasi dalam diet seharian kita. 

Jadi sebaik-baiknya anda bertukarlah kepada karbohidrat yang mengandungi banyak serat seperti beras merah atau gandum penuh (whole wheat). Sekiranya tidak memenuhi selera anda cukuplah mengambil segenggam nasi sahaja sehari. 

  • Ganti makanan manis dengan yang lebih sihat

Mahu tidak mahu anda perlu mengurangkan pengambilan makanan atau minuman yang manis kerana satu sudu gula bersamaan dengan 32 kilo kalori. 

Banyak tu, sebab tu bagi mereka yang ingin kuruskan badan dengan efektif jauhkan gula dari hidup anda.
  • Minum dua gelas air sebelum makan

Ini teknik yang perlu anda praktikkan kerana selain berfungsi untuk mengurangkan nafsu makan anda ia juga dapat melancarkan proses penghadaman. Inilah detoks secara semulajadi. Lagipun air putih itukan tiada kalori. Minum la banyak manapun tidak akan menggemukkan anda.
  • Ambil lebih protein
Pengambilan protein sebenarnya amat penting dalam proses menurunkan berat badan. Pastikan kuantiti pengambilan protein anda mencukupi. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Ini kerana protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. 

Cara paling baik untuk ambil protein adalah sewaktu sarapan pagi  dan makan malam anda. Pasti ia mengenyangkan anda tanpa perlu anda fikir untuk makan lagi.




  • Bergerak dengan lebih aktif

Hidup yang aktif pasti membuatkan berat anda turun dengan lebih cepat dan membuatkan anda lupa tentang makanan. Bergerak dengan aktif ini mempunyai banyak maksud sebenarnya, sama ada anda melakukan pergerakkan secara langsung seperti bersenam, beriadah, bersukan dll mahupun tidak langsung seperti melakukan kerja-kerja rumah.

Banyak sebenarnya kerja-kerja rumah yang boleh buatkan anda bergerak aktif contoh yang saya lakukan adalah sewaktu sidai kain. Saya akan letak bakul kain jauh dari ampaian supaya saya boleh berjalan berulang alik mengambil kain. 

Sudah menjadi tabiat saya dari zaman anak dara sampai la beranak 4 ni. Kadang-kadang ada yang bertanya kenapa saya suka susahkan diri? Saya senyum dan jawab ini cara saya bersenam. Mudahkan.


  • Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal kita. Kalau terkurang tidur pun masalah terlebih tidur pun masalah. Waktu tidur yang baik bagi orang dewasa adalah 5-6 jam manakala bagi kanak-kanak adalah 8-9 jam. 

Apa yang akan berlaku jika anda terlebih atau terkurang tidur adalah nafsu makan anda akan naik dengan cepat. Bila perut mula pedih-pedih dan berkeroncong anda terpaksa mengambil makanan pada waktu yang tidak sepatutnya. Jadi sukarlah untuk anda menurunkan berat badan. Lagipun tidur yang tidak betul menyebabkan anda bertambah lemah dan tidak bermaya.


Pssst awak nak tahu bagaimana cara saya turunkan berat badan dengan CEPAT & SELAMAT? KLIK SINI anda pasti teruja.


Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018.91.800.56

FP : VitaSodap
IG : a.i.s.h.a.h_81




Comments

Popular Posts