Ketahui 3 Cabaran Kesihatan Semasa Hamil dan Cara Atasinya

Pengalaman ketika hamil tidak mungkin dapat dilupakan setiap wanita yang bergelar ibu. Kak Sha sendiri telah melalui proses hamil dan bersalin sebanyak 4 kali. Macam-macam cabaran yang mendatang tapi Alhamdulillah semuanya boleh dihadapi dengan baik.

Setiap anak pasti berbeza ragamnya tapi ada beberapa cabaran yang pastinya setiap ibu hamil akan lalui. Jom Kak Sha kongsikan cabaran tersebut dan cara atasinya.



1) Kekejangan kaki semasa hamil

Kekejangan kaki kerap berlaku semasa kehamilan, sering kali pada waktu malam semasa trimester ke 2 dan ke 3. Ia biasanya berlaku pada betis, kaki atau kedua-duanya.

Kekejangan kaki atau simpul biawak memang kerap berlaku pada diri Kak Sha sejak dari hamil anak pertama sampai la yang ke empat. Bezanya masa anak ke empat memang kejang terlalu kerap sampai tak boleh nak jalan.

Kenapa kita kerap kejang? 

Satu sebab utama adalah kurang kalsium jadi cara untuk tingkatkan kembali kalsium kita dengan cepat adalah dengan pengambilan Ostematrix. Bayangkan 1 biji Oste bersamaan dengan 1 gelas susu. Dalam Oste juga mengandungi vitamin lain seperti Vitamin D, Magnesium dan sebagainya yang berfungsi untuk menyerap kalsium dengan cepat ke dalam tulang berbanding kita minum susu. Pada Kak Sha memang menjadi ambil Oste ni, kalau tak percaya ibu-ibu kena cuba tau. 




2) Mabuk/Loya

Rasa mabuk dan muntah berlaku kepada 3 suku wanita yang hamil (ringan atau serius) terutamanya pada trimester yang pertama. Mabuk/loya ini juga menyebabkan ibu menjadi lemah tak bermaya.

Teringat setiap kali hamil, Kak Sha akan loya sampai 3 bulan. Tak boleh bau masakan, loya tengok makanan dan lembik dibuatnya. Lepas je 3 bulan semuanya okay. 

Jadi bagaimana nak atasi loya tersebut? Ibu-ibu boleh cuba Peppermint Ginger Plus dan B-Complex. Jadi tidaklah lembik sehingga nak berkerja pun tak boleh.

3) Hemoglobin Rendah

Sel darah merah dalam badan anda mengandungi hemoglobin yang membawa oksigen keseluruh badan anda. Jika tahap hemoglobin anda rendah, anda boleh mengalami anemia dan kurang bertenaga.

Awas jika ibu membiarkan bacaan HB anda terus menurun anda dikhuatiri mempertaruhkan nyawa anda dan bayi yang dikandung tersebut. Pengalaman Kak Sha dengan bacaan HB rendah ni sangat banyak. Masakan tidak 3 kali hamil anak perempuan semua bacaan HB rendah. Kesannya pasti akan tinggal pada bayi seperti imunisasi lemah, kulit sensitif dan banyak lagi masalah lain.

Jadi bagaimana Kak Sha atasi masalah HB rendah ini sewaktu anak ke empat adalah dengan mengambil set lengkap ibu hamil. Ia mengandungi Vita Lea, Vita C Plus, ESP, B-Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Alhamdulillah cepat naik dan tak turun-turun lepas tu bacaan HB Kak Sha.



Sekian sajalah perkongsian yang dapat Kak Sha kongsikan kali ini. Apa yang dikongsikan benar-benar berdasarkan pengalaman Kak Sha sepanjang hamil. Diharap ia dapat membantu ibu hamil diluar sana. 

Sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah semasa hamil dan benar-benar berminat untuk dapatkan khidmat nasihat Kak Sha sila hubungi :

Aishah Khairudin
Perunding Kesihatan Shaklee
018-91 800 56

FP : VitaSodap
IG : Aishah_Vitasodap

Atau bagi pembelian online sila klik e-sell di bawah. Ia lebih mudah, cepat dan dijamin selamat.
COD : Sekitar Rawang, Selayang dan pengeposan seluruh Malaysia








    Comments

    Popular Posts