Projek Cendawan Satu Terapi Kepada Anak-anak Istimewa

Assalamualaikum semua...

Untuk entry kali ini Kak Sha nak berkongsi tentang kisah yang pernah diceritakan sebelum ini iaitu projek cendawan di PPKI SMK Rawang. Sebenarnya Januari tahun ini merupakan semaian kali kedua dan ia telah bertambah dari 50 beg ke 150 beg.

Rutin kami guru-guru dan pembantu masih sama macam tahun lepas. Kami perlu bertugas bergilir-gilir menyiram Dan memetik cendawan sewaktu cuti sekolah.

Projek cendawan ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu terapi kepada anak-anak istimewa di mana mereka akan diajar cara menyiram, memetik, menimbang, membungkus dan seterusnya menjual cendawan tersebut. Itulah objektif utama kami melaksanakan projek ini agar anak-anak murid kami dapat diberikan kemahiran demi masa depan mereka.

Secara peribadi projek ini amat bersesuaian dengan anak-anak Pendidikan Khas. Ini kerana secara tidak langsung mereka mampu menjadi insan yang berdikari kelak.

Di sini ingin Kak Sha kongsikan gambar-gambar projek kami untuk tatapan umum. 


Murid kami sedang memetik hasil cendawan pada setiap pagi


Inilah hasil cendawan kami yang memang segar dan gebu



Kembang mekar cendawan macam cikgu-cikgunya...ki..ki..ki


Masing-masing tak lepaskan peluang bergambar dengan cendawan sutera yang mekar ni...


Besar tapak tangan tau...pernah besar lagi daripada ni pun ada..

Baiklah bagi yang berminat untuk mendapatkan hasil cendawan kami boleh hubungi:

Cikgu Aishah Khairudin
PPKI SMK Rawang
018-91 800 56

Kami juga mengalu-alukan pandangan daripada anda yang mungkin berpengalaman dengan perusahaan cendawan ini. Anda boleh emailkan pandangan/cadangan ke sya_rizqa@yahoo.com

Comments

Popular Posts