Cara Berkesan Hilangkan Loya Ketika Hamil Elak Tubuh Ibu Menjadi Lesu

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi pada saat dan ketika saya mencoret entry ini saya telah hamil 24 minggu sebenarnya. Macam tak percaya setelah 3 tahun lebih rupanya rezeki anak masih lagi berpihak kepada Kak Sha. Lama menyepikan diri bukan bermaksud sudah tidak berminat berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee ini. Tapi sebenarnya pembawakan budak sebab memang rasa pening dan loya bila tengok skrin handset atau laptop. Mujur la tak lama kalau tak....tak boleh la siapkan kerja-kerja hakiki plus berblog ni.



Kebiasaannya setiap kali hamil (4 kali kehamilan sebelum ini) Kak Sha memang akan loya pada trimester yang pertama. Yakni dari mula tahu hamil dalam 6-8 minggu sehinggalah usia kandungan 3 bulan. Beza kali ini terlebih sikit dalam 2 minggu. Masakan tidak loya kali ini jatuhnya di bulan Ramadhan. Seksanya Tuhan sahaja yang tahu dengan loyanya, hilang selera makan, kembung perut dan pedih perut tapi Alhamdulillah dalam loya-loya tu tahun ini dapat juga berpuasa penuh.

Jadi untuk entry kali ni, Kak Sha nak berkongsi cara hilangkan loya dengan satu produk yang memang dipandang sepi je diantara produk Shaklee. Produk ni la yang akak gunakan sepanjang nak menghilangkan loya iaitu Peppermint Ginger Plus. Jujur akak katakan memang best gunakannya. Di sini akak kongsikan kelebihan PGP untuk ibu hamil yang sedang loya berdasarkan bahan-bahan yang digunakan.

Kelebihan PGP Untuk Ibu Hamil:
  • Rasa Pudina yang dingin mampu melegakan loya dan ia mempunyai kesan penenang
  • Halia dapat melegakan ketidakselesaan perut dan usus, loya dan mual angin
  • Fennal dapat menghilangkan masalah kembung perut
  • Cekur Manis dapat memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut
Jadi secara keseluruhannya PGP ini sangat membantu menghilangkan loya ibu hamil. Memang terbukti berkesan apatah lagi Kak Sha sendiri telah menggunakannya. Bayangkan bangun pagi nak gosok gigi muntah angin sampai keluar air mata dalam bilik air lepas tu ditempat kerja takkan nak buat lembik dan layan je loya tu? Orang tengok pun menyampah. 

Pada Kak Sha, sepatutnya kita kena atasi masalah loya kita itu supaya ia tidak mengganggu tugas harian kita. Cara makan mudah sangat dan yang bestnya bila telan PGP ni berangin je tekak kita ni, dari rasa nak muntah tu terus tak jadi. Perut pun rasa selesa.

Bagi ibu hamil yang ingin dapatkan nasihat daripada Kak Sha sama ada berkenaan Set Loya atau Set Hamil boleh hubungi saya melalui cara di bawah ye. Cara pemakanan akan dikongsikan ekslusif sebaik pembelian dibuat.

Aishah Khairudin
018-9180056
Pengedar Shaklee Aktif Anda

Atau bagi pembelian secara online boleh terus klik link di bawah. 
Ia lebih mudah, cepat dan selamat.



Comments

Post a Comment

Popular Posts