Cara Atasi Masalah Kekejangan Kaki Semasa Hamil Elak Ganggu Proses Melahirkan Anak



Bila sebut tentang kejang kaki ni Tuhan sahaja yang tahu. Beberapa hari yang lepas baru sahaja Kak Sha terkena. Lama pula kali ini nak pulih. Tapi layankan sahaja sebab ikut pengalaman bila kena kejang kaki kita kena regangkan kaki dengan menarik hujung kaki ke belakang kan?

Tapi ada sesetengah kes yang memerlukan kita meregangkan kaki dengan menolak kehadapan. Kalau tersilap regang boleh berhari-hari sakitnya betis kita tu! Sebab baru terkena tu yang rasa seriau tu.

Ini berdasarkan pengalaman Kak Sha sendiri lah. Bayangkan dah 5 kali hamil pun masih kena lagi. Bezanya kali ini tidak sekerap seperti kehamilan sebelum ini. Memang jarang sangat berlaku mungkin kali ini cukup zat dan kalsiumnya. Cuma bila banyak berjalan ia akan berlaku. 

Kalau nak cerita tentang punca kekejangan kaki ni rasanya anda semua boleh search kat google memang berlambaklah entry tentang punca kekejangan ni. Semuanya punca yang sama dan sebab itulah Kak Sha tak nak cerita dah pasal punca kekejangan kaki ni. Jangan risau punca yang blogger tu tulis semuanya benar belaka.

Di sini Kak Sha hanya nak kongsikan bagaimana cara Kak Sha mengatasi masalah tersebut dari berulang. Ini berdasarkan pengalaman akak sahajalah.

  • PENTING! Pastikan anda mengambil kalsium dan zat mineral yang secukupnya. Kak Sha amalkan set hamil Shaklee sebab ia lengkap dengan zat yang diperlukan ibu hamil. 
  • Setelah itu, sekiranya ia berlaku lagi cuba kenalpasti puncanya seperti banyak berjalan, banyak membuat kerja yang berat, berdiri terlalu lama mahupun lain-lain punca yang boleh memberi tekanan pada kaki ibu hamil. 
  • Cara lain untuk atasinya mudah sahaja : 

  1. Sebelum tidur pastikan ibu membuat senaman regangan dan sapu minyak panas pada kaki. Elakkan tidur dalam suasana yang sejuk, pakai stokin atau selimutkan kaki anda.
  2. Tidur secara mengiring. Ini kerana kekejangan kaki sering berlaku sewaktu kita tidur secara terlentang dan ketika kita menggeliat. Jadi elakkan tidur secara terlentang lagipun tidur mengiring lebih selesa dan baik buat ibu hamil.
  3. Selain itu, ibu juga boleh rendam kain tuala dengan air suam dan letakkan pada betis anda sebelum tidur. Ia seakan terapi untuk melembutkan otot ibu hamil.
  4. Semasa kekejangan sedang berlaku pula bawa bertenang, kemudian cuba regangkan kaki perlahan-lahan sampai otot menjadi lembut semula. Terus bangun dan berjalan bagi meredakan sakit akibat kekejangan tersebut. 

Nah mudahkan? Nasihat Kak Sha daripada ibu menanggung sakit yang berlarutan baik ibu atasi segera dengan membuat sedikit pelaburan dan usaha. Percaya atau tidak sakit tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu proses semasa hendak bersalin sehingga dalam pantang nanti malahan dikhuatiri berlanjutan sehingga bertahun lamanya (Pengalaman Kak Sha 3 tahun lepas). 

Sekiranya ibu ingin mendapatkan khidmat nasihat Kak Sha boleh whatsapp akak melalui talian di bawah:

Aishah Khairudin
018-91 800 56
Pengedar Shaklee Aktif Anda

Atau bagi pembelian secara online anda boleh klik link di bawah. 
Ia lebih mudah, cepat dan selamat.



COD : Sekitar Rawang, Selayang dan Pengeposan dibuat di seluruh Malaysia

Comments

Popular Posts