Cara Atasi Masalah Kekejangan Kaki Semasa Hamil Elak Ganggu Proses Melahirkan Anak
Bila sebut tentang kejang kaki ni Tuhan sahaja yang tahu. Beberapa hari yang lepas baru sahaja Kak Sha terkena. Lama pula kali ini nak pulih. Tapi layankan sahaja sebab ikut pengalaman bila kena kejang kaki kita kena regangkan kaki dengan menarik hujung kaki ke belakang kan? Tapi ada sesetengah kes yang memerlukan kita meregangkan kaki dengan menolak kehadapan. Kalau tersilap regang boleh berhari-hari sakitnya betis kita tu! Sebab baru terkena tu yang rasa seriau tu. Ini berdasarkan pengalaman Kak Sha sendiri lah. Bayangkan dah 5 kali hamil pun masih kena lagi. Bezanya kali ini tidak sekerap seperti kehamilan sebelum ini. Memang jarang sangat berlaku mungkin kali ini cukup zat dan kalsiumnya. Cuma bila banyak berjalan ia akan berlaku. Kalau nak cerita tentang punca kekejangan kaki ni rasanya anda semua boleh search kat google memang berlambaklah entry tentang punca kekejangan ni. Semuanya punca yang sama dan sebab itulah Kak Sha tak nak cerita dah pasal punca kekejangan